Thursday, February 14, 2013
Remaja 19 Tahun Mati Bunuh Diri di Berjaya Times Square
Tuesday, January 8, 2013
Gambar Tarian Separuh Bogel JSJ IPPD Shah Alam
Sempena Majlis Malam Mesra Sekalung Budi, Segunung Intan orang ramai telah di pertontonkan tarian separuh bogel untuk menarik minat pengunjung² yang hadir. Kita lihat apa yang akan diperkatakan oleh Ketua Polis Negara, pihak Jakim, 999 dan yang lain² tentang tarian separuh bogel yang dianjurkan ini. Dapatkan full video download kat sini
Friday, December 28, 2012
Sunday, October 21, 2012
Blog Sumptuous Erotica : Alvin Tan Jye Lee dan Vivian Lee Blogger Porno Dikenakan Tindakan Disiplin
Alvin Tan Jye Lee (24) dan pasangannya Vivian Lee (23) menjadi begitu hangat baru-baru ini di media internet dengan memuatnaik rakaman dan aksi seks di blog peribadi nya iaitu ‘Sumptuous Erotica (18SX)’. Alvin Tan Jye Lee mungkin akan dikenakan tindakan inkuiri displin oleh pihak National University of Singapore (NUS) dan telah diberikan satu surat tunjuk sebab oleh pihak jawantankuasa siasatan Universiti.
Monday, April 16, 2012
Thursday, March 29, 2012
Lirik Lagu Bawaku Pergi Yang Diharamkan

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
Wednesday, March 28, 2012
Gambar Persiapan Pertunangan Liyana Jasmay
Thursday, March 8, 2012
Pengumuman Kenaikan 7 Hingga 13 Peratus Gaji Kakitangan Awam

Thursday, January 12, 2012
Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Ditangguh

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan berkuat kuasa 1 Januari depan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya mahu CUEPACS diberi hak untuk turut sama dalam perundingan mengenai pelaksanaan skim tersebut.
“Kami sangat kecewa kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak langsung mengadakan rundingan dengan CUEPACS sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.
“Tidak seperti sebelum ini, kami sentiasa diberi peluang untuk turut terlibat dalam rundingan sebelum sesuatu skim untuk kakitangan awam dilaksanakan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Bantahan SPBA di sini, hari ini.
Omar menegaskan kerajaan seharusnya memastikan setiap kakitangan perkhidmatan awam yang berjumlah 1.4 juta orang menerima maklumat tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.
“Ini kerana, pegawai JPA yang membuat taklimat mengenai SPBA kepada kakitangan awam memberi maklumat berbeza-berbeza mengenai skim tersebut.
“Oleh itu, CUEPACS akan mengutarakan beberapa perkara mengenai SPBA yang dilihat mengelirukan kakitangan awam pada pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 22 Disember ini,” katanya.
Jelas Omar, pada pertemuan itu nanti, CUEPACS juga akan membawa isu mengapa kesatuan itu tidak diberi peluang untuk turut sama dalam perundingan bersama-sama JPA sebelum skim itu dilaksanakan.
“Selain itu, tempoh opsyen yang singkat dan kenaikan gred gaji yang berbeza-beza akan dibincangkan pada pertemuan tersebut,” katanya.
Omar sekali lagi menasihatkan penjawat awam agar menunggu keputusan pihaknya pada perbincangan yang akan diadakan bersama Najib sebelum menerima SBPA.
Dipetik dari Utusan Malaysia
Tuesday, May 17, 2011
Perbandingan Harga Pengeluar Utama Minyak di Dunia

| Negara | Pengeluar | Harga |
| Iran | Ke-8 Dunia | RM0.35 |
| Qatar | Ke-22 Dunia | RM0.75 |
| Malaysia | Ke-27 Dunia | RM2.90 |
| Oman | Ke-28 Dunia | RM1.00 |
| Mesir | Ke-29 Dunia | RM1.06 |
Tuesday, January 4, 2011
Temuramah Bersama Khairul Fahmi Che Mat

Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) a.k.a Apek satu fenomena baru dalam industri sukan bola sepak negara sejak akhir² ini...dengan kejayaan Harimau Malaya menjuarai pertandingan Piala Suzuki AFF 2010 baru² ini nama Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) sering disebut² samada di media cetak, di blog, di twitter, di facebook mahupun di kedai kopi...ikuti temuramah secara langsung selepas ketibaan wira negara Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) di Nasi Lemak Kopi O...
Wednesday, December 22, 2010
Seronok Ke Kencing Tepi Jalan?
Kenapa agaknya ye diorang suke kencing tepi jalan macam ni? Dari apa yang difahamkan, kemudahan tandas di India tidak dapat menampung jumlah pengguna tandas yang ade...aku dapat info ni pun dari sumber Utusan Malaysia pasal cara hidup tidak bersih di India...ni satu lagi gambar acara kencing beramai²...
Wednesday, October 27, 2010
Rest In Peace (R.I.P.) Paul Si Octopus
BERLIN 26 Okt. - Sotong kurita, Paul yang dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman.“Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.
“Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri,” kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan
Sumber : Utusan Online
Wednesday, October 20, 2010
Menara Warisan Merdeka Bangunan 100 Tingkat Mercu Tanda Baru Malaysia
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembinaan satu lagi mercu tanda di ibu negara, dinamakan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat, lebih tinggi daripada bangunan tertinggi di Malaysia, iaitu Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat.
Katanya, projek bersepadu bernilai RM5 bilion yang dibina bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara akan dilaksanakan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Menara yang bakal menjadi kebanggaan negara menjelang 2020, dijangka siap pada 2015. Projek berkenaan adalah sebahagian daripada tiga projek pembinaan mega yang diumumkannya ketika membentangkan Bajet 2011 di Parlimen, semalam.
Ia adalah antara projek strategik impak tinggi yang akan merangsang permintaan domestik serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang.
Turut diumumkan adalah projek transit aliran ringan (MRT) di Greater KL bernilai RM40 bilion yang akan mula dilaksanakan tahun depan dengan kos pelaburan swasta dan dijangka siap menjelang 2020.
Najib juga berkata, pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia, di Sungai Buloh seluas 1,072 hektar oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengandungi kediaman mampu milik, perdagangan, industri serta kemudahan prasarana bernilai RM10 bilion, dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025.
Perdana Menteri berkata, satu lagi projek impak tinggi adalah pembangunan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD), bermula tahun depan dengan nilai anggaran RM26 bilion.
Projek akan dilaksanakan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan kerjasama Mubadala Development Company (Mubadala), syarikat pelaburan Kerajaan Abu Dhabi.
KLIFD akan menempatkan secara bersepadu, bank utama antarabangsa dan firma perkhidmatan kewangan profesional, termasuk pakar syariah.
Tuesday, October 19, 2010
Kes Bunuh Berprofil Tinggi Ditemui Berdekatan Bukit Broga
KAJANG: Polis menemui rangka manusia tertanam di sebuah kebun kelapa sawit dekat Bukit Broga, Semenyih malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakarudin Che Mood berkata, penemuan itu adalah ekoran pengakuan seorang suspek kes pembunuhan yang kemudian menunjukkan kepada polis tempat dia menanam mayat mangsa.
"Suspek yang berumur sekitar 30-an itu membawa polis ke satu lokasi berdekatan dengan kawasan perkuburan Cina dan selepas digali satu rangka manusia yang masih ada sedikit cebisan tisu ditemui.... namun belum dapat dipastikan sudah berapa lama mangsa mati," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.
Shakarudin berkata, suspek turut menunjukkan lokasi sebuah kereta yang hangus dibakar, yang dipercayai milik mangsa kira-kira 3 kilometer dari tempat mayat mangsa ditemui.
Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan rangka manusia itu milik individu berprofil tinggi namun beliau enggan mengulas lanjut dan katanya ia sedang disiasat.
"Kita tidak tolak kemungkinan ia kes berprofil tinggi tetapi kita kata kemungkinan.. tunggu sahaja keputusan bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) nanti baru kita tahu identiti sebenar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
4:22 PM
Unknown


























