Monday, April 19, 2010

Kenali Sejarah PHP







Gambar sape pulak aku letak kat post ni, takde kena mengena dengan aku...tapi aku salah seorang yang menggunakan Programming Language yang diasaskan nya...jadi aku nak kenal kan lah beliau ni adalah Rasmus Lerdorf pengasas kepada Programming Language PHP...PHP adalah singkatan bagi Personal Home Page yang pada mulanya hanyalah aturcara ringkas Practical Extraction and Report Language (PERL) yang digunakan bagi mengesan bilangan pelawat ke laman webnya...selepas mendapat sambutan yang menggalakkan oleh orang ramai, skrip tersebut dikenali sebagai Form Interpreter...beliau kemudian mengkaji semula skrip tersebut dan dikenali sebagai PHP-1 yang dikeluarkan pada tahun 1996....

Semasa PHP-1 dikeluarkan, sebanyak 50,000 laman web telah menggunakan aturcara sebegini...pada tahun 1997, Zee Suraski dan Andi Gutmans telah mencipta satu Aplikasi Aturcara Antaramuka (Application Programming Interface [API]) dan menjadikan PHP parser yang dikeluarkan sebagai PHP3 pada tahun 1998...versi terbaru PHP4 pula telah dibangunkan oleh Zend Engine di mana skrip PHP ini boleh digunakan dengan pelbagai kombinasi pelayan web, sistem operasi dan platform...


1 comments:

Ayako A. said...

PHP pon salah satu programming languange ek?sy ingatkn, c++ ,cobol, fortran & pascal tu je..bnyak lagi rupanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...