Showing posts with label World Cup 2010. Show all posts
Showing posts with label World Cup 2010. Show all posts

Wednesday, October 27, 2010

Rest In Peace (R.I.P.) Paul Si Octopus

Mungkin ramai dah tau atau baru je mengetahui pada hari semalam Paul Octopus yang diguna² kan untuk meramal perlawanan pada Piala Dunia 2010 tempohari telah di sahkan mati oleh pihak pengurusan akuarium di Oberhausen Sea Life Centre, Berlin...

BERLIN 26 Okt. - Sotong kurita, Paul yang dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman.

“Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.

“Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri,” kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan

Sumber : Utusan Online


Monday, July 12, 2010

Spain Juara Piala Dunia 2010

Akhirnya tamat sudah World Cup 2010...untuk edisi kali ni, juara baru Spain telah membenam Holland dengan jaringan 1-0 yang di jaringkan di masa tambahan oleh Andres Iniesta pada minit ke 116...dalam perlawanan ni secara keseluruhan memang final yang terbaik dengan insiden layangan kad kuning yang terbanyak...




Sunday, July 11, 2010

Paul The Octopus Sekali Lagi Membuat Ramalan Spain vs Holland

Paul The Octopus Beraksi

Sekali lagi buat kali terakhir ramalan Paul memilih Spain untuk memenangi dan menjuarai World Cup 2010...aku masih macam biasa tetap setia dan yakin dengan Spain untuk membenam Holland pada awal pagi ni...jadi nantikan aksi perlawanan pada jam 2.30 pagi waktu Malaysia...kepada penyokong² Oranje cube lagi 4 tahun akan datang di World Cup 2014...


Thursday, July 8, 2010

Ramalan Paul Si Octopus Menjadi Antara Spain vs Germany


Semua nya secara kebetulan agaknya...
Tapi setakat ni, yang aku dengar Paul Si Octopus ni telah meramalkan 6 kemenangan yang tepat...
Lepas ni tunggu je lah ramalan final World Cup 2010 oleh Paul ni...


Kemenangan Spain Membenam Germany Awal Pagi Tadi

Akhirnya pasukan kedua terbaik dunia Spain telah melayak kan diri ke final World Cup 2010 untuk bertemu dengan Belanda pada awal pagi 12 Julai ini...aksi awal pagi tadi memang yang terbaik oleh kedua² pasukan dengan bermain fair play...tanpa sebarang kad oleh kedua² pasukan...tapi yang terbaik adalah Spain dengan jaringan tunggal oleh Carles Puyol untuk membenam Germany yang dikatakan pilihan ke final pada awal pagi tadi...




Wednesday, July 7, 2010

Paul Si Octopus Meramalkan Spain Menang Menentang Germany Awal Pagi Ni

Paul Si Octopus Menunjukkan Ramalan

Mengikut ramalan yang dibuat oleh Paul Si Octopus...kebanyakkan perlawanan yang diramal kan boleh dikatakan tepat keputusan keseluruhan nya...nampaknya final dah dalam genggaman Spain ...dan nantikan matador akan memecahkan tembok berlin pada awal pagi ni...hehehe

Berdasarkan pada gambar Paul kat atas tu....semuanya ada lah dikatakan super impose daripada ramalan perlawanan sebelum ini diantara Germany vs Serbia...huhuhu


Gambar Asal Si Octopus

Tapi aku tetap yakin Spain boleh membenam Germany...walaupun Germany punye perform memang yang terbaik pada World Cup 2010 kali ni...tapi pagi² ni ade member aku cakap memang Paul ni telah meramalkan Spain menang sebab dia tengok video masa kuar kat berita malam tadi...


Wednesday, June 30, 2010

Aksi Perlawanan Spain vs Portugal

Macam dah terlewat lak aku nak post kan entri perlawanan antara Spain vs Portugal ni...walau apa pun aku nak ceritakan jugak pasal Spain awal pagi tadi telah membenam Portugal 1 gol yang telah di jaringkan oleh penyerang sensasi David Villa pada separuh masa yang kedua...bagi aku 1 gol tu pun dah cukup untuk Spain melangkah ke pusingan suku akhir...lawan seterusnya boleh dianggap mudah dan aku jangka kan Spain akan menang bertemu Paraguay nanti...




Saturday, June 26, 2010

Keputusan Terkini Chile vs Spain

Arriba Espana!!!..keputusan terkini Spain membenam Chile (2-1) dan menerajui kumpulan H...dalam keseluruhan perlawanan ni pemain Chile boleh dianggap bermain macam lembu gila aku tengok...hahaha...Ape tak nya, semua kaki pemain Spain jadi mangsa terjahan... dan akhirnya kad merah free² je dapat kat pemain no 13 Chile (Estrada)...lawan pusingan seterusnya Spain akan bertemu dengan Portugal...



Wednesday, June 16, 2010

Gambar Detik² Perlawanan - Spain VS Switzerland






































































































































































Akhirnya keputusan perlawanan terkini berpihak kepada Switzerland dengan kemenangan tipis 1-0...keputusan di luar dugaan perlawanan antara Spain VS Switzerland ni...ape² pun ade dua game lagi untuk Spain bangkit untuk mesti menang...


Spain Juara UEFA Euro 2008 Bakal Juara World Cup 2010


Aksi Final Spain VS Germany (UEFA Euro 2008)


Hari ni bermula nya aksi pertama juara UEFA Euro 2008 Spain dalam saingan pertama World Cup 2010...harap² malam ni team Spain menjadi dalam perancangan taktikal mereka...walaupun dikatakan ade kemungkinan Fernando Torres yang menjaringkan gol kemenangan semasa final UEFA Euro 2008 ni tidak dapat diturunkan kerana kecederaan...tapi Spain masih ade lagi pemain² harapan yang boleh meledak kan gol dan mencapai kemenangan pertama pada malam ni...aksi pada malam ni, Spain akan bertemu dengan Switzerland pada jam 10.00 malam waktu Malaysia...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...