Wednesday, October 27, 2010

Rest In Peace (R.I.P.) Paul Si Octopus

Mungkin ramai dah tau atau baru je mengetahui pada hari semalam Paul Octopus yang diguna² kan untuk meramal perlawanan pada Piala Dunia 2010 tempohari telah di sahkan mati oleh pihak pengurusan akuarium di Oberhausen Sea Life Centre, Berlin...

BERLIN 26 Okt. - Sotong kurita, Paul yang dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman.

“Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.

“Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri,” kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan

Sumber : Utusan Online


5 comments:

Unknown said...

rest in peace paul :D

Myvitrd said...

lepas ni ni kena cari bomoh baru wak..hahaha

Unknown said...

baru nak tunggu aksi si Paul ni kat euro 2012

miss norafizan said...

dia mati lemas ka?? :) hahaha

Unknown said...

memang jangka hayat spesis ni 2 tahun je...kalo lemas tu xtau lah pulak...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...