Friday, September 30, 2011

Pembentangan Bajet 2012 Gaji Kakitangan Awam Naik 40 Peratus


KUALA LUMPUR 30 Sept — Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam menggantikan Sistem Saraan Malaysia SSM antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus

Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi Prospek “

Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB ” kata sumber kepada The Malaysian Insider

Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu

Minggu lalu The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum

Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus

Bulan lalu kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan

Satu sumber berkata “langkah ini memperkenalkan sistem saraan baru juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred ”

“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat ” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995 mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB

Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu

“Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 ketika SSM diperkenalkan tetapi tidak menjadi kenyataan

“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700 bergantung pada skim dan gred masing-masing ” kata sumber itu sambil menambah maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan

“Kalau dari segi peratusan kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus ” kata sumber itu lagi

Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan

SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru SSB yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam

SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota

Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan PTK dan sekali lagi membawa kepada kontroversi

The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991

Awal bulan ini Jabatan Perkhidmatan Awam JPA memberi jaminan bahawa Prospek sistem baru menggantikan PTK akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat

Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran

Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini

Mei lalu JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa

Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah tujuan dimensi kompetensi kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi fleksibiliti kawalan kualiti ganjaran dan pencapaian penilaian.

Credit : themalaysianinsider


3 comments:

Cazari said...

yeay.. naik gajiii

ron said...

sebelum naik gaji...barang² dah naik dulu...huhuhu

lizz said...

btol. gaji nak naik tapi semua barang pun dia naikkan.hahahaah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...