Friday, September 23, 2011

Siaran Video Lucah di TV3


Siaran 999 edisi 22 September 2011, Khamis di TV3 memaparkan satu siri penangkapan di salah sebuah pusat spa yang dipercayai menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan² nya. Apa yang menarik nya di sini semasa siri penangkapan tersebut pihak berkuasa telah merakamkan urusniaga khidmat seks melalui CCTV yang tersembunyi yang memaparkan wanita² yang seksi dengan hanya memakai baju dan seluar dalam sahaja.

Terlebih dulu aku ucapkan tahniah lah kepada pihak berkuasa yang berjaya menumpaskan modus operandi perkhidmatan seks yang berselindung disebalik pusat spa yang di buka ini. Tapi ada rasa sedikit kurang atau tidak sesuai dan tidak perlu sebenarnya paparan CCTV urusniaga khidmat seks ini di tonjolkan di rancangan 999, TV3 kepada khalayak umum kerana lebih membawa kepada perkara negatif berbanding positif.

Pada pandangan aku sendiri sebagai penonton waktu yang ke udara semasa paparan CCTV urusniaga khidmat seks itu berada pada waktu perdana, ramai kanak², remaja² di bawah umur yang menontonnya dan boleh membawa kepada gejala negatif. Kalo paparan CCTV itu dikatakan boleh memberikan pengajaran mungkin tidak mencapai kepada objektif penerbit, sebabnya adalah paparan CCTV tersebut seperti mengajar penonton² dan mengundang perasaan ingin tahu kepada remaja² di bawah umur dan kepada orang dewasa.

Beza dua makna antara Pengajaran dan Mengajar ni korang boleh lah cari kat Kamus Dewan. Diharap pihak TV3 dan penerbit lebih prihatin disamping menjadi tanggungjawab sosial pada masyarakat dengan menunjukkan nilai² positif pada masa akan datang. Jangan hanya untuk mengejar rating TV sanggup untuk mejatuhkan maruah anak bangsa sendiri.


2 comments:

Myvitrd said...

aku pon tak setuju bro video2 jenis ni ditayangkan pada umum.. TV3 dah mula suka cari publisiti dengan tayangkan video2 lucah

H Y D E said...

aiyoyo. ni pun mau tunjuk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...