Thursday, November 11, 2010

Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 11 November 2010


11 November 2010 merupakan hari yang dinanti² kan oleh pelajar tahun 6 dan juga ibu bapa untuk mengetahui tahap pencapaian anak masing² semasa menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tempohari...tidak lupa juga peranan guru² dan pihak sekolah dalam menentukan pencapaian murid² yang diajar...

Pada hari ini jam 9.00 pagi tadi, keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan secara rasmi nya di seluruh negara...menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Abdul Ghafar Mahmud, peratus pencapaian pelajar yang mendapat semua A di kawasan bandar ialah 11.4 manakala pelajar luar bandar ialah 8.28...

Pada tahun ini sebanyak 310,605 (64.4 peratus) orang pelajar mencapai tahap mininum hingga cemerlang pada tahun 2010 dan ini merupakan peningkatan sebanyak 1.37 peratus berbanding pada tahun sebelum ini di tahap 63.03 peratus...diharap dengan peratus peningkatan yang dapat dicapai pada tahun ini dapat memperbaiki lagi sistem pendidikan Malaysia di masa akan datang...tahniah kepada semua pelajar² Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)...

Credit Info : Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)


2 comments:

gnesop said...

tahniah kpd semua calon

Cheqna said...

tahniah kepada yang berjaya..semoga lebih berjaya di masa akan datang..

:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...