Sunday, May 15, 2011

Berita Baik Sempena Sambutan Hari Guru 2011

Jika entri semalam aku dah dedikasikan puisi khas sempena Hari Guru, tapi entri hari ni mungkin satu entri yang ditunggu-tunggu oleh cikgu²...tentunya sudah diketahui ramai oleh cikgu², bahawa ada satu perkhabaran gembira yang akan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Guru 2011 di Kuching Sarawak nanti...

Memang seronok lah cikgu² dengar berita gembira ni apatah lagi dengan khabar² angin tentang pelbagai manfaat yang akan diperolehi nanti...pada pendapat aku berita gembira ni kemungkinan nya ada kenaikan elaun bagi cikgu² yang mempunyai bebanan tugas yang besar, mungkin juga tentang kenaikan pangkat kepada gred yang lebih tinggi ataupun kelebihan kepada cikgu² yang menyambung pelajaran untuk kenaikan gaji dan pangkat serentak...

Jadi bagi cikgu² kat luar sana, ini mungkin andaian aku sebagai seorang blogger sahaja....tak sampai beberapa jam lagi berita gembira sempena Hari Guru 2011 ni akan di maklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri kita...kalo cikgu² atau korang yang ada idea pasal kemungkinan apa yang ade dalam berita baik ni, boleh lah tinggal kan komen kat sini...

*Ada ke satu hari untuk Blogger²?


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...