Wednesday, September 28, 2011

Persaraan Umur 70 Tahun Disaran Bagi Sektor Swasta


Umur persaraan 70 tahun bagi pekerja sektor swasta.

Cadangan itu dikemukakan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, MEF.

Dan satu undang-undang baru juga sedang digubal, menetapkan umur persaraan mandatori 60 tahun, berbanding 55 tahun sekarang.

Menurut Pengarah Eksekutifnya, Shamsuddin Bardan, majikan sektor swasta boleh menggaji pekerjanya sehingga usia 70 tahun jika pekerja terbabit memenuhi keperluan organisasi.

MEF berpendapat, ada yang mampu bekerja hingga di usia 65 atau 70 tahun, bersandarkan kesediaan serta keperluan pekerja dan majikan masing-masing.

MEF juga menyambut baik langkah memperkenalkan undang-undang baru yang bakal dikenali sebagai Akta Umur Persaraan Sektor Swasta, kerana sesuai dengan perkembangan semasa.

Kebanyakan negara di rantau ini menurutnya, sudahpun melaksanakan dasar umur persaraan 60 tahun dan ke atas.

Dan Malaysia juga katanya harus menaikkan had usia bersara, merujuk kepada jangka hayat rakyat negara ini ekoran peningkatan tahap sosio-ekonomi.

Menteri bertanggungjawab pula mengulas cadangan umur persaraan 70 tahun itu masih belum dimuktamadkan.

Menurut Datuk Dr. S. Subramaniam, pihaknya masih dalam proses perbincangan.

"Kita dah bersetuju dengan konsepnya, MEF secara prinsipal sudah bersetuju dengan konsep walaupun mereka memandang berat beberapa isu. Kami sedang dalam proses perbincangan. Akta sedang digubal dan selepas itu baru kita akan buat keputusan mengenai umur. Bila penggubalan akta itu sudah selesai dan kita akan bentangkan di Parlimen."

Secara dasarnya, Kementerian bersetuju dengan cadangan umur persaraan mandatori.

Namun tahap umurnya masih belum diputuskan.

Terdahulu beliau merasmikan Persidangan Sumber Manusia, anjuran Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia, FMM di Petaling Jaya.

Credit : TV3



3 comments:

Myvitrd said...

Mengarut ni ron.. kesian adik2 aku nak kerja takdapat2 nanti sebab yg tua ni tak mau bersara lagi.. heheehe

Unknown said...

hehe...aku pun x sanggup kalo sampai 70 tahun nak kena keje mid...

Mohd Rashid Sujari said...

hmmm... dah tak produktif lagi dah... bagi2 lah orang lain plak keja.... sampai mati pun x abis keja lagi... dalam kubur pun nak kena kerja kan plak.. jadi ..bagilah yang dah tua tu buat amal pulak.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...