Tuesday, March 20, 2012

3 Janji di Slot Lestary | Sinopsis


3 Janji drama bersiri terbaru dari Slot Lestary menampilkan Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle dan Shah Iskandar sebagai pelakon utamanya. Pelakon² yang turut menjayakan 3 Janji adalah seperti Ana Dahlia, Idzham Ismail, Hanez Suraya, Ungku Ismail, Roy Azman, Rosnah Johari dan Zara Zya.

SINOPSIS 3 JANJI

Mengisahkan Dalia (lakonan Liyana Jasmay) dan Khursyi yang berkawan sejak kecil, mereka rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain serta saling memahami. Malangnya Khursyi telah pergi dahulu semasa mereka ditimpa kemalangan semasa dalam perjalanan hendak mengambil keputusan SPM.

Dalia redha dengan pemergian kawan rapatnya Khursyi dan dia selalu ingat akan 3 JANJI yang dilafazkan oleh Khursyi kepadanya, iaitu mencari teman hidup yang boleh menjadi teman terbaik, mencari kekasih terbaik buatnya, dan terkahir mencari suami terbaik.

Kini muncul dalam hidup Dalia, Kamil dan Yassin, apakah kemunculan Kamil dan Yassin dapat menggantikan tempat Khursyi dalam hati Dalia serta menepati 3JANJI yang pernah diungkapkan oleh Khursyi

Sumber : NurizSpace



1 comments:

amatechx3 said...

bergaya sperti itu membuat ku terpesona dan terpaku :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...