Thursday, March 8, 2012

Durian Runtuh Untuk Kakitangan Awam

PUTRAJAYA 7 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat beberapa pengumuman penting untuk kakitangan awam dalam perjumpaan khas bersama penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini esok.

Perjumpaan yang akan bermula pada pukul 9.30 pagi itu dijangka disertai kira-kira 10,000 penjawat awam dari seluruh negara, selain barisan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam termasuk Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Difahamkan, pertemuan esok turut menyentuh mengenai skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang kini memasuki bulan kedua semakan semula oleh pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam.

Sumber Petikan - Utusan Online 20112



1 comments:

Myvitrd said...

Kalau rezeki tak kemana bro.. Masyuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...