Thursday, July 22, 2010

Perpecahan Membawa Kemusnahan


Dari 6,236 (Enam Ribu Dua Ratus Tiga Puluh Enam) ayat al-Quran tidak
ada satu ayat pun
yang menyuruh dan menggalakkan supaya umat Islam
berpecah-belah dan bermusuh-musuhan.
Begitu juga ratusan ribu
Hadis Nabi Muhammad S.A.W. tidak ada satu Hadis pun yang
menyuruh
supaya umat Islam itu bergaduh, berkelahi, bertelingkah sesama sendiri,
malah
dalam ajaran Islam disuruh bersatu-padu, diperintah melakukan
segala kebaikan dan
dilarang melakukan segala kejahatan dan kemungkaran,
tetapi masih terdapat juga
sebahagian besar umat Islam melakukan yang
sebaliknya, bukan yang disuruh dikerjakan
dan yang dilarang ditinggalkan,
tetapi yang disuruh ditinggalkan dan yang dilarang
pula yang dikerjakan.

Oleh yang demikian, untuk mendapatkan kekuatan dan keutuhan umat,
untuk memperoleh
perpaduan, kedamaian dan perdamaian di kalangan
masyarakat Islam, umat Islam itu
sendiri haruslah berusaha menghindarkan
diri daripada segala sifat yang buruk yang
akan membawa kepada
perpecahan, perbalahan yang akhirnya akan mengalami kemusnahan
dan
kehancuran. Diantaranya:

Haruslah menghilangkan perasaan hasad dengki, selagi ada orang yang
bersifat demikian
selama itu juga masyarakat tidak akan aman dan damai
dan tidak akan wujud perpaduan
yang harmoni. Sifat orang yang berhasad
dengki, ia tidak suka orang lain mempunyai
kelebihan daripadanya dan
ia tidak suka melihat seorang yang lebih tinggi pangkat
daripadanya, ia tidak
suka melihat orang yang lebih kaya daripadanya, ia tidak suka
melihat
seseorang yang lebih pandai dan berpengaruh daripadanya dan lain-lain

sebagainya lagi. Dari orang yang berhasad dengki inilah timbulnya fitnah,
dengan
adanya fitnah itu pulalah timbulnya pergaduhan, perkelahian,
persengketaan,permusuhan
dan sebagainya yang akhirnya masyarakat,
negara akan mengalami kehancuran, keruntuhan,
kemusnahan dan kehinaan.

Jangan suka mencari kesalahan orang lain. Islam tidak menyuruh mencari
kesalahan orang
lain tetapi menyuruh carilah kesalahan dan kelemahan
diri sendiri supaya senang untuk
diperbaiki. Jika sengaja mencari
kesalahan seseorang sudah pasti akan berjumpa dan
sudah tentu akan
menimbulkan pergaduhan, permusuhan kerana jari telunjuk yang lurus

itu terus sahaja menunjuk kepada sasarannya dan lupa menunjuk kepada
diri sendiri.


Untuk ringkasnya, marilah kita bersama-sama menghayati ajaran Islam
yang suci.
Alangkah murninya ajaran Islam itu, jika umat Islam itu sendiri
menghayati serta
mengamalkannya Insya-Allah umat Islam itu akan
kelihatan hidup dalam masyarakat dengan
rukun dan damai penuh dengan
kemesraan dan terhindar bahkan terlepas daripada
kemusnahan, keruntuhan
dan kehancuran.


1 comments:

kyo_9 said...

nice info bro..

p/s copy daripada email ke? susunan ayat banyak tunggang-langgang aa bro..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...