Wednesday, October 20, 2010

Melaka Maju 20.10.2010

Hari ini 20.10.2010 merupakan hari yang dinantikan oleh rakyat negeri Melaka kerana berlakunya peristiwa penting dalam lipatan kalendar negeri Melaka sebagai sebuah negeri Melaka Maju 2010...pengisytiharan Melaka Maju 2010 akan diadakan di Stadium Hang Jebat pada jam 20.10 malam seperti yang di rancang...

Sepanjang berlakunya pengsiytiharan Melaka Maju 2010 ni, banyak aktiviti² menarik yang diadakan...selain itu terdapat juga pertandingan² dan hadiah² yang disediakan kepada rakyat negeri Melaka...antaranya seperti pertandingan fotografi, aktiviti gotong royong dan cabutan hadiah bertuah semasa pengisytiharan...

Senarai hadiah cabutan bertuah :
- Sebuah rumah berharga RM100,000.00
- Sebuah kereta
- 3 buah motorsikal
- 5000 barangan elektrik

Kad Jemputan Pengisytiharan Melaka Maju 2010

Ada juga khabar angin atau permintaan yang aku dengar sepanjang hampirnya berlaku hari pengisytiharan Melaka Maju 2010 ni...khabar angin pertama kemungkinan cuti umum pada 21.10.2010...kalo pasal cuti ni mesti ramai yang suke dan kemungkinan ade yang terus sambung cuti hari Jumaat ni...

Permintaan pulak yang aku dengar adalah kenaikkan Elaun Cola bagi penjawat awam sebanyak RM300.00 kerana Melaka telah mencapai sebagai sebuah Negeri Maju...kalo yang ni jadi, ramai penjawat awam negeri Melaka tersenyum lebar termasuk lah diri aku...:)

p/s : wakron sokong kedua² nya...


4 comments:

LyNn HaMzAh said...

kenapa pilih tarikh 20.10.2010 ek...kalau buat hujung minggu dah tentu lagi meriah kan sebab ramai yang akan berkunjung ke Melaka...

Myvitrd said...

ni mesti kes nak dpt nombor canti ni.. wah kawan aku promosi melakalah sekarang..bagus2 rone

Unknown said...

sebab nya mungkin nak bg aku peluang menang rumah kot...
kalo ramai² datang melaka xde peluang aku menang rumah...hehehe

IntanBerlian said...

Alhamdulillah akhirnya melaka mencapai MALAKA MAJU 2010. bangga jadi anak melaka.weee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...