Wednesday, October 20, 2010

Menara Warisan Merdeka Bangunan 100 Tingkat Mercu Tanda Baru Malaysia

Menara Berkembar Petronas 88 Tingkat

Samaada aku baru terbaca atau tak ikut perkembangan terkini, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan satu projek mega terkini yang akan dijangka siap pada tahun 2015 dengan kos yang bernilai 5 bilion...untuk tau lebih lanjut aku kongsi kan info yang diambil dari sumber berita harian...

Perbandingan Antara Menara Kembar Petronas dan Menara Warisan Merdeka

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembinaan satu lagi mercu tanda di ibu negara, dinamakan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat, lebih tinggi daripada bangunan tertinggi di Malaysia, iaitu Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat.

Katanya, projek bersepadu bernilai RM5 bilion yang dibina bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara akan dilaksanakan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Menara yang bakal menjadi kebanggaan negara menjelang 2020, dijangka siap pada 2015. Projek berkenaan adalah sebahagian daripada tiga projek pembinaan mega yang diumumkannya ketika membentangkan Bajet 2011 di Parlimen, semalam.

Ia adalah antara projek strategik impak tinggi yang akan merangsang permintaan domestik serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang.

Turut diumumkan adalah projek transit aliran ringan (MRT) di Greater KL bernilai RM40 bilion yang akan mula dilaksanakan tahun depan dengan kos pelaburan swasta dan dijangka siap menjelang 2020.

Najib juga berkata, pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia, di Sungai Buloh seluas 1,072 hektar oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengandungi kediaman mampu milik, perdagangan, industri serta kemudahan prasarana bernilai RM10 bilion, dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025.
Perdana Menteri berkata, satu lagi projek impak tinggi adalah pembangunan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD), bermula tahun depan dengan nilai anggaran RM26 bilion.

Projek akan dilaksanakan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan kerjasama Mubadala Development Company (Mubadala), syarikat pelaburan Kerajaan Abu Dhabi.

KLIFD akan menempatkan secara bersepadu, bank utama antarabangsa dan firma perkhidmatan kewangan profesional, termasuk pakar syariah.



8 comments:

Razif Radzi said...

asalkan memberikan kesan positif kepada rakyat,dikira pelaburan strategik dan pasni bleyla kerajaan bg bonus..kuikuikui...

seribahasa.com said...

rm 5 billion tu lebih baik digunakan menaiktaraf kehidupan rakyat. kita dah ada menara petronas, mcm dia nak tinggal jejak seperti tun matahir. lebih baiklah jagan buat gitu. itu semua duit rakyat jadi gunakanlah sebaik-baiknya.

L@g3nd@ buD@k N@k@L said...

tUNGGU dan lihat jer la
uhhuhuh

ASSOYFINGER67 said...

harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan menara...dah jadi tred ker semuA PM ada projek mega...bagi aku tak berapa sesuai

menara said...

http://menarawarisan.blogspot.com , hantar petisyen anda disana.Setuju atau tidak setuju.

menara said...

http://menarawarisan.blogspot.com, the place where pros and cons flock
together!

syitah said...

nak buat ape ngan bengunan tinggi2...cukup la dgn menara petronas tu .. baik lg duit tu naik taraf anak2 d pendalaman yg sememang nye mmerlukan dana..
ish,ish,ish..

zainal said...

Saya sokong malaysia perlukan kemajuan morden sekurang2 nya pun kl kena ada banyak bangunan tinggi serpeti hongkong mereka lebih maju dari kita kl ni kan luas perlukan sekurang2 nya pun1000 bangunan tingi hebat tak la malu sangat kalau pelancung datang mana ada membazir kalau malaysia maju hebat pelancung pun banyak yang datang lihat la negara luar sudah lama maju dari kita singapor bangkok mereka lebih maju dari kita jangan la jadi katak bawah tempurung buka la mata sikit tu la duduk kampung je apa pun tak tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...