Sunday, May 1, 2011

1 Mei Cuti Umum Sempena Hari Pekerja

Hari ni 1 Mei genap kali yang ke-29 kerajaan Malaysia menyambut cuti umum sempena Hari Pekerja yang menggunakan slogan "PEKERJA MEREALISASI TRANFORMASI NEGARA"...jika difahami sedalam² nya slogan ni memang apa sajaha kejayaan yang berlaku di Malaysia samada dari bidang pembangunan, pendidikan, pekhidmatan, kewangan dan sebagainya adalah bertunjangkan kepada tugas pekerja untuk merealisasikannya dengan berkesan untuk mencapai kejayaan...

Memang tak dinafikan pekerja merupakan akar umbi yang paling kukuh di dalam sesebuah negara untuk mencapai segala kejayaan...jadi pada hari ini merupakan hari yang paling bermakna buat para pekerja kerana dalam tempoh 365 hari setahun kita bertungkus lumus untuk bekerja...untuk itu, ucapan terima kasih kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang mengumumkan tanggal 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja Malaysia pada tahun 1972...

Disini sebagai seorang pekerja mungkin ada harapan yang diperlukan atau dikehendaki daripada kerajaan Malaysia selain dari cuti umum 1 Mei yang diberi...bagi kakitangan awam amnya, kemungkinan ada berita baik yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib pada majlis perutusan pagi nanti...jika ada sebarang harapan sebagai seorang pekerja boleh tinggalkan komen disini, mungkin entri akan datang boleh dihimpunkan segala isi hati dan harapan dari seorang pekerja...


1 comments:

Myvitrd said...

harapan aku sebagai pekerja sektor swasta harap nasib kami juga sentiasalah dibela oleh majikan.. bukan ditindas dan ditolak sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...