Thursday, December 1, 2011

Borang Pendaftaran Bantuan RM500 Kepada Isi Rumah


Borang pendaftaran bantuan RM500 kepada isi rumah boleh diambil secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia(LHDNM) serta agensi-agensi kerajaan mulai pada 10 Disember 2011 ini kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan hendaklah diserahkan untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia(LHDNM). Bantuan ini dijangka akan memberi manfaat kepada 5.2 juta isi rumah diseluruh negara.

Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Bantuan kewangan RM500 kepada isi rumah ini dijangka akan diserahkan kepada yang layak pada Januari 2012 nanti bagi membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...