Monday, October 18, 2010

Satu Impian Jadi Kenyataan | Tips Membeli Rumah Kediaman

Setiap orang mempunyai impian untuk memiliki rumah kediaman sendiri, begitu juga aku sekeluarga telah membuat pilihan untuk membeli sebuah rumah kediaman pada pertengahan tahun lepas…hampir 18 bulan selepas proses yang di jalankan dari proses lawyer hingga proses pembinaan yang di lakukan oleh pihak pemaju, kini proses terakhir hampir selesai…jadi impian aku untuk memiliki rumah kediaman telah pun tercapai, kemungkinan hujung atau awal tahun hadapan berpindah ke rumah kediaman baru…kalau di lihat pada pasaran harga terkini, hampir 190,000.00 juga harga pasaran rumah kediaman yang aku beli ni…jadi memang berbaloi pelaburan yang dibuat sekiranya di rancang dengan teliti…disini aku ingin berkongsi tips² untuk membeli rumah kediaman baru…

APAKAH perkara yang harus diambil kira sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah?

Perkara utama yang harus difikirkan sebelum membuat keputusan ialah melihat kemampuan kewangan sendiri. Ini kerana tidak semua individu yang bekerja dan mempunyai pendapatan bulanan mampu membayar ansuran bulanan bagi kediaman jenis banglo. Untuk memudahkan perancangan, kita perlu membuat kiraan dengan menolak semua perbelanjaan termasuk hutang, simpanan dan pelaburan. Baki yang tinggal digelar sebagai lebihan dan ia menjadi penanda aras untuk menentukan rumah jenis apa yang harus dibeli.Namun, harus diingat bahawa pendapatan bulanan tidak seharusnya dicampur dengan elaun atau bayaran kerja lebih masa (OT) kerana ia bukan sebahagian pendapatan tetap.

Sekiranya individu itu mempunyai lebihan sebanyak RM500, adakah dia perlu membeli kediaman yang menetapkan ansuran bulanan sekitar jumlah sama?

Faktor pemilihan yang harus diambil kira adalah lokasi dan jumlah lebihan RM500 itu mungkin cukup sekiranya rumah yang ingin dibeli itu berada pada lokasi yang setara. Sebelum pinjaman perumahan diluluskan, bank akan melihat kelayakan pemohon. Ini termasuk meneliti pendapatan bulanan dan harga rumah yang ingin dibeli. Malah, bank akan melihat sama ada bayaran bulanan tidak melebihi satu per tiga gaji. Contohnya, pembeli ingin mendapatkan rumah berharga RM150,000. Sekiranya dicampur faedah yang dikenakan bank, bayaran pendahuluan serta tempoh pembiayaan, maka bayaran bulanan mencecah RM1,012 dan ia jelas menunjukkan pembeli yang mempunyai lebihan pendapatan RM500 masih belum mampu membeli rumah berharga RM150,000.

Jika perkara seumpama itu berlaku, apakah langkah yang harus diambil oleh individu itu?


Ada pihak berpendapat bahawa lebih baik membeli rumah walaupun perbelanjaan bulanan mungkin tidak cukup berbanding menyewa bertahun-tahun. Pendapat itu mungkin tidak berapa benar kerana dengan menyewa, individu itu masih mampu menyimpan bagi membuat pembayaran pendahuluan lebih tinggi walaupun dia terpaksa menyewa hampir 10 tahun. Mungkin ada individu yang mengikat perut untuk membayar ansuran bulanan rumah, namun harus ambil kira simpanan untuk kecemasan. Selain itu, bagi mereka yang masih ingin mendapatkan rumah sendiri, memilih rumah yang dilelong adalah satu cara yang baik kerana harga rumah lelongan adalah 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran. Jangan terus melabelkan rumah lelong sebagai rumah tinggal atau banyak kerosakan kerana bakal pembeli berhak melihat keadaan rumah sebelum membuat bidaan.

Apa pula perkara yang harus diambil kira sebelum membuat keputusan membeli rumah?


Banyak pihak hanya menyediakan wang pendahuluan 10 peratus daripada harga rumah, namun tanpa disedari jumlah wang yang diperlukan adalah lebih banyak daripada itu kerana ia merangkumi kos guaman serta surat perjanjian jual beli. Maka, untuk lebih selamat, bakal pembeli perlu menyediakan wang sebanyak 15 peratus daripada harga rumah bagi mengelakkan kesesakan di kemudian hari. Malah, saya nasihatkan supaya sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah, pastikan anda benar-benar mempunyai simpanan yang cukup untuk membuat bayaran pendahuluan kerana idea membuat pinjaman peribadi bagi membayar wang pendahuluan hanyalah akan menambah masalah. Selain itu, antara tip yang boleh diguna pakai adalah bayar wang pendahuluan setinggi yang boleh supaya boleh memohon pinjaman bank serendah yang boleh serta tetapkan tempoh pembayaran sesingkat yang boleh antara 15 hingga 20 tahun. Walaupun ada bank yang menawarkan pinjaman sehingga dua generasi mencecah tempoh 40 tahun, ia bukan satu langkah yang bijak kerana kita pasti tidak mahu mewariskan hutang kepada anak-anak.

Apa nasihat untuk mereka yang pertama kali membuat pembelian rumah?


Kita sedia maklum semua orang memiliki rumah idaman masing-masing dan tidak ada yang mengidamkan untuk memiliki rumah kecil. Namun, sebagai permulaan, ia adalah langkah terbaik kerana rumah adalah keperluan. Walaupun kita mahukan rumah semi-D berharga RM300,000, namun berdasarkan pendapatan semasa ia di luar kemampuan, maka tidak salah sekiranya kita membeli apartmen atau flat yang murah. Dalam tempoh 10 tahun, harga rumah mungkin akan meningkat. Sekiranya keadaan itu berlaku, ambil tindakan dengan menjual rumah berkenaan dan wang yang diperoleh boleh digunakan untuk membayar wang pendahuluan rumah idaman anda. Jangan tertekan dengan spekulasi bahawa sekiranya tidak beli rumah sekarang, harga akan meningkat. Memang benar harga rumah akan meningkat namun, ia tidak akan melebihi dua kali ganda harga kini dalam tempoh lima tahun. Malah, harga siling rumah ditetapkan pasaran. Jika terlalu mahal, tiada siapa akan beli.

Sumber media : myMetro



5 comments:

Tn.Punya said...

tq..rone...atas info berguna kau ni.. aku baru merancang nak mencari rumah...dapat tips ni dah kira bagus ni.. rumah kau tu harga berpa rone.. area melaka mungkin murah kot..engkau kata 1.9K kalau congak2..baru 1900 bro.. biar benar ke 190,000..hehehe

ron said...

sama² bro...mane yang aku rasa bagus, aku share kan dgn kawan²...a'aa, melaka masih murah lagi...pembetulan harga sudah dibuat, baru perasan...hehehe

AgRose Property said...

terima kasih atas info beli rumah ini!

ron said...

sama² AgRose Property...terima kasih jgk sudi bg komen kat sini...

amin packer said...

bro lu punya umah ker? wa cam kenal jer org dalam pic nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...