Saturday, December 11, 2010

Nelayan Blogger di Majalah 3

Pemilik Blog Pakcik Zainal Md Ali

Episod Majalah 3 pada hari ini ada satu paparan menarik dengan tajuk nya adalah Nelayan Blogger, sememangnya sesuatu yang amat menarik untuk mengetahui siapa yang di maksudkan dengan Nelayan Blogger tersebut...

Nelayan Blogger yang dimaksudkan adalah seorang pesara tentera Rejimen Askar Melayu Diraja(RAMD) yang dikenali sebagai Pakcik Zainal Md Ali...beliau berkhidmat sebagai tentera selama 15 tahun dan merupakan seorang Ahli Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat, Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Melaka Barat dan Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Negeri Melaka...

Ketibaan Majalah 3 ke rumah Pakcik Zainal Md Ali adalah berdasarkan kepada blog Lokan Melaka yang di layari oleh pihak Majalah 3 sebelum ini...memang satu penghargaan kepada Pakcik Zainal Md Ali kerana di datangi oleh Majalah 3 untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman sebagai nelayan disamping menjadi seorang blogger...

Bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Nelayan Blogger, boleh lah lawati di http://lokanmelaka.blogspot.com... mungkin selepas ini rezeki blogger² kat luar sane pulak dapat panggilan dari Majalah 3 untuk dimuatkan dalam paparan episod seterusnya...:)


9 comments:

Artzlizan said...

bagus pakcik ni...patut sokong ni...

mie said...

wah!!!
jomsama2 menyokong..

Unknown said...

jom ramai² jadi follower nelayan blogger ni...

Myvitrd said...

aku respect lah..seorang nelayan juga minat menulis blog..cayalah pakcik.. apa kata korang ajar pakcik ni buat duit dengan blog pulak..hehehe

Unknown said...

tn.punya ~ bagus cadangan tu mid, nnti boleh bg komen kat blog Nelayan Blogger lak...

Admin said...

Assalamualaikum...

Saya juga ada menonton segmen yang memaparkan "Lokan Melaka". Dan saya juga telah bersms dgn Lokan Melaka..Seperti juga blog, sms dikendalikan oleh anak pakcik tu...

Lepas aje disiarkan dalam Majalah 3, terus aje meningkat dengan mendadak jumlah pengikut blog tersebut...

Unknown said...

Waalaikumsalam Ahmad Zaki...

Memang satu segmen yang menarik untuk mengetahui Lokan Melaka di tambah pula dengan tajuk Nelayan Blogger...

Sememangnya sesuatu yang hebat menggunakan medium blog selepas ni...

Admin said...

Sebelum ini pun sudah ada contoh-contoh mengenai "kuasa" dan "pengaruh" blog serta blogger dalam media massa di Malaysia mahupun di dunia luar.

Namun blog Lokan Melaka boleh dijadikan sebagai penggerak bagi nelayan2, petani2 atau penternak2 membuat blog khas dan berkongsikan cerita serta pengalaman mereka dalam pencarian rezeki. Ia juga dpt mencipta peluang mempromosikan perusahaan atau perniagaan sampingan mereka...

Selama ini mungkin ada dari kalangan petani, penternak dan nelayan ini tidak mengendahkan teknologi blog ini, tetapi kemungkinan besar blog2 dari kalangan mereka akan semakin banyak muncul di arena siber selepas mendapat inspirasi dai Lokan Melaka,...

datin kelly ketak said...

ni pakcik aku ni... siyes... nti aku wat story pasal beliau laks....
i'm proud of him!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...