Thursday, December 9, 2010

Slot Samarinda AYOUB (25 Episod)


Drama terbaru di TV3, AYOUB terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd bakal menghiasi slot Samarinda mulai 23 November pada setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 10.30 malam atau secara on line di www.tonton.com.my

Drama bersiri 25 episod yang diarahkan oleh pengarah, Hilter M Zami membariskan pelakon-pelakon popular tanah air seperti Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Fiza Halim, Watie Sadeli, Rosnah Johari, Norish Karman, Razak Ahmad, Ahmad Tarmimi Siregar, Dato’ Rahim Razali dan Mak Jah.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar, drama ini bakal memaparkan elemen-elemen baru dengan berteraskan pergolakan dunia korporat yang sememangnya sinonim dengan slot Samarinda.

“Kali ini, slot Samarinda menampilkan kelainan iaitu memaparkan sikap kesabaran dan gemar bersedekah pada watak utamanya, Ayoub selain daripada mengisahkan pergolakan dunia korporat.

TV3 sering menerima maklum balas daripada para penonton kami supaya menerapkan elemen-elemen baru dalam drama-drama yang disajikan menerusi slot Samarinda.

Lakonan mantap Iqram Dinzly dan juga watak antagonis Fizz Fairuz pasti memberikan impak dalam siri drama AYOUB," katanya.

Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun lakonan Rosnah Johari dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung.

Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel lakonan Razak Ahmad, lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.

Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil lakonan Fizz Fairuz sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub.

Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Elite), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.

Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan.

Ayoub bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim dan dikurniakan empat orang anak. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana.

Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah. Wan Aidil sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub.

Credit Sinopsis : Forum Cari


3 comments:

Myvitrd said...

wah lama aku tak mengomen dalam ni.. kepada yang nak download link cerita Ayoub boleh rujuk dalam ni

http://malarang-kak.blogspot.com/2010/12/ayoub-slot-samarinda-free-download.html

Update akan dibuat setiap hari selepas habis episode ditayangkan

Unknown said...

lama tak layan cite melayu..huuh

Unknown said...

tn. punya ~ aku pun lama dah x update blog ni bro...thnaks tinggal kan link utk download

Edy ~ layannnn kan ajer...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...