Free Download (Episod 1 - Episod 24)
Sebuah lagi drama bersiri yang diarah oleh Jet Li dan skrip oleh Maizura Mohamad Ideris disiarkan di TV3 dengan judul, NORA ELENA. Drama bersiri yang diadaptasi dari sebuah novel hebat “Kasih Yang Suci” karya novelis Meen Zulaikha ini merupakan terbitan Asian Media Content (AMC).
Menurut penerbit Suryatie Sidek, pemilihan novel ‘Kasih Yang Suci’ ini adalah disebabkan ia mempunyai ramai pembaca dan antara novel paling laris di antara novel-novel terbitan Alaf 21. Ketika ditemui, Suryatie menjelaskan mengapa tajuk asal novel tidak digunakan untuk drama ini.
“Dulu pernah ada ‘title’ drama yang sama di TV3, “Kasih Suci” lakonan aktres Fazura. Jadi, kami terpaksa ubah tajuk tersebut ke “Nora Elena”. Drama ini masih mengekalkan 70% persamaan dalam novel. Ada juga yang kita ubah sebab ada beberapa babak yang kita tak boleh tunjuk dalam drama.
“Bila kita baca dan divisualkan tidak sama. Dialog di dalam novel memang romantik sangat malah lokasinya banyak di rumah dan di kamar tidur. Justeru, ia akan menyentuh sensitiviti masyarakat,” ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar drama “Nora Elena” di Sri Pentas baru-baru ini.
Bagi penulis novel tersebut, Meen Zulaikha, beliau melahirkan rasa bangga kerana karyanya telah terpilih untuk diadaptasi ke drama. Menurutnya lagi, beliau tidak kisah karyanya diubah kerana faham novel adalah berbeza bila didramakan.
“Ini pertama kali karya saya terpilih untuk dijadikan sebuah drama. Setelah berbincang dengan penulis skrip, dia ada memberitahu mungkin akan ada perubahan untuk drama. Saya faham dan tak kisah ianya ditukar. Saya harap drama ini mendapat sambutan yang baik dari penonton terutama sekali peminat novel ini.”
Drama ‘Nora Elena’ diterajui oleh barisan pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Siti Saleha, Zul Ariffin, Erry Putra, Wan Sharmila, dan Puteri Fateen. Drama 24 episod yang menjalani penggambaran di lokasi seperti Kuala Lumpur, Rawang, Wangsa Maju dan di sekitar Selangor ini turut diperkuatkan lagi dengan alunan muzik dan lagu-lagu yang menyentuh hati. Salah satunya ialah lagu tema berjudul ‘Dan Bila Esok’, nyanyian Sofazr. Selain itu, Erry Putra juga tampil dengan lagu ‘Berubah’ yang bisa menyentuh emosi dan jiwa penonton.
Bagi hero “Nora Elena’, Aaron Aziz yang juga merupakan duta produk L'Oreal Men Expert, beliau tidak mempunyai masalah membawa watak sebagai Seth Than namun mengakui terpaksa berhadapan dengan beberapa cabaran dalam drama ini.
“Seth membawa satu misi yang panjang setelah apa yang telah dia lakukan suatu masa dulu. Antara cabaran yang paling susah yang perlu dihadapi ialah bagaimana saya nak bawakan watak yang mana saya sebenarnya bukan perampas tunang orang. Sebagai persediaan untuk merealisasikan watak Seth Than, saya buat kajian tentang watak itu dengan membaca novel tersebut.”
‘Nora Elena’ merupakan sebuah sketsa romantik yang bakal menggamit perasaan dan emosi anda. Persimpangan cinta dan pencarian kasih yang tulus suci ini digambarkan melalui keperitan hidup dan tekanan emosi seorang wanita yang telah dihapus keceriaanya akibat kedurjanaan manusia. Ingin mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa untuk menonton drama siri terbaru, NORA ELENA yang bakal ke udara pada 9 Mei 2011, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7malam, hanya di slot Akasia, TV3
Credit Info : Forum Cari

0 comments:
Post a Comment