Wednesday, December 7, 2011

Pengalaman Kem ICT 2011

Pengalaman saya selama 3 hari sepanjang menghadiri kursus Kem ICT 2011 di Pusat Komputer, UTeM bermula pada 05 Disember 2011 sangat menyeronokkan. Ini kerana saya dapat ramai kawan. Cikgu-cikgunya juga baik. Saya sempat bermain game Counterstrike secara atas talian bersama rakan-rakan. Tapi saya asyik kalah sahaja. Geram betul saya.

Pada hari kedua pula saya belajar menggunakan perisian Photoshop CS3 dengan Cikgu Apai. Seronok, bolehlah saya ubahsuai gambar raya keluarga saya nanti. Saya nak hitamkan muka abang saya tu. Biar padan muka dia.

Sepanjang berada di kem ICT ini, terdapat juga aktiviti luar yang begitu mencabar antaranya adalah permainan telefon rosak, pengembaraan dalam gelap, membuat piramid dan persembahan dalam kumpulan. Aktiviti pengembaraan dalam gelap banyak membantu saya dalam kerjasama berpasukan dalam kumpulan.

Mintak-mintak biarlah kem ni habis lambat lagi, kalau boleh sampai minggu depan. Ini sebab minggu depan saya nak kena sunat. Teringat saya macam lagu kumpulan Boboi Mahajara Lawak Mega minggu lepas, 'Ben..ben..bentan... Sa..sa..sakit tak tahan... (Nyanyi versi K-Pop)'

Sekian, terima kasih kerana membaca blog saya.
Bye..


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...